Pemerdagangan manusia
merupakan kegiatan jenayah yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan atau kerelaan. Kegiatan ini
termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi,
menyediakan atau menerima seseorang. Jenayah pemerdagangan manusia menjadi
semakin serius dan ini menjadi isu global. Hal ini demikian kerana bukan sahaja
Malaysia yang dipilih sebagai destinasi malah negara-negara jiran juga dipilih
sebagai destinasi untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia. Oleh itu,
Malaysia dan negra jiran harus mengambil tindakan untuk menangani kegiatan
jenayah ini.
Antara aspek kerjasama antara
Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah ini adalah
mengetatkan kawalan sempadan. Sempadan merupakan perjalanan sindiket untuk
memasuki ke sebuah negara demi melakukan pemerdagangan manusia. Oleh sebab itu,
Malaysia dan negara-negara jiran harus mengetatkan kawalan di sempadan dengan
menambahkan bilangan pegawai yang meronda. Apabila kawalan di sempadan telah
diketatkan, sindiket tidak dapat memasuki ke sebuah negara dengan mudah. Dngan
ini, pegawai imigresen di sempadan negara masing-masing boleh menangkap
sindiket yang mencurigakan. Contohnya, pegawai imigresen di sempadan negara
boleh menjalankan pemeriksaan yang teliti terhadap kemasukan orang asing.
Jelaslah, Malaysia dan negara jiran perlu mengetatkan kawalan sempadan untuk
mengatasi kegiatan jenayah ini.
Selain itu, aspek kerjasama
yang lain antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah saling menukar
menukar maklumat penjenayah yang sering disenaraikan dalam senarai hitam dan
senarai orang kehilangan. Tindakan ini adalah untuk saling memahami pergerakan
penjenayah dan mengenal pasti orang yang hilang. Dengan adanya maklumat semasa,
ini telah memudahkan kerja pegawai kastam dan polis untuk menangkap sindiket
serta mengenal pasti orang yang hilang. Ini bukan sahaja dapat menghalang lebih
banyak pemerdagangan manusia berlaku, namun juga dapat mencari orang yang
hilang. Contohnya, Malaysia dan negara jiran boleh saling bertukar maklumat
penjenayah supaya negara lain boleh membantu untuk memberkas sindiket tersebut.
Intihanya, penukaran maklumat perlu dilakukan agar kegiatan pemerdagangan
manusia dapat diatasi.
Untuk meningkatkan ekonomi di
negara-negara masing, penambahan pelaburan asing juga boleh dijadikan sebagai
satu aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk
meningkatkan ekonomi negara. Jika kita ingin meningkatkan peluang pekerjaan di
negara, kita harus meningkatkan ekonomi negara. Pihak kerajaan boleh
menambahkan tapak perindustrian untuk menarik minat peabur asing. Apabila
negara kita boleh mendapat pelaburan daripada pelabur asing, pengaliran wang
asing dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, projek
pelaburan yang menarik minat pelabur untuk meneruskan pelaburan akan memberi
modal yang cukup untuk meningkatkan ekonomi negara. Jelaslah, peningkatan
pelaburan asing dapat meningkatkan ekonomi negara.
Di samping itu, peningkatan
peluang pekerjaan dengan cara yang sah merupakan salah satu aspek kerjasama
Malaysia dan negara-negara jiran. Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan
pemerdagangan manusia berlaku ialah peluang pekerjaan yang rendah di negara
asal. Rakyat yang tidak dapat pekerjaan di negara asal akan mencari peluang
pekerjaan di negara lain dan ini menjadi umpan sindiket untuk memerangkap
rakyat. Pihak kerajaan boleh membekalkan kerja di tapak perindustrian dan
pembinaan untuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Contohnya,
pihak kerajaan boleh memberikan pekerjaan dalam sektor industri untuk
mengekalkan pengeluaran yang sepatutnya. Oleh itu, pihak kerajaan di negara
masing-masing perlu menyediakan saluran yang betul dan sah supaya rakyat tidak
akan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Seterusnya, aspek kerjasama
antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah membekalkan tenaga buruh
dengan cara yang sah. Apabila negara dalam proses pembangunan, banyak tenaga
buruh diperlukan dalam bidang penanaman, pembinaan dan perkhidmatan. Untuk
membekalkan tenaga buruh dengan cara yang sah, pihak kerajaan harus memberi
permit kepada buruh asing. Apabila buruh asing diberi permit untuk bekerja di
negara kita, sindiket tidak mempunyai peluang untuk memperdayakan rakyat dengan
cara yang haram. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengadakan Program 6P untuk
memberi permit kepada buruh asing dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk
menjaga kebajikan buruh asing. Intihanya, Malaysia dan negara jiran perlu
mengupah buruh dengan cara yang sah supaya sindiket tidak mempunyai peluang
untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.
Konklusinya, kegiatan pemerdagangan manusia memang
satu jenayah yang harus dibanteras bersama-sama oleh Malaysia dengan
negara-negara jiran. Inilah salah satu punca yang menyebabkan kehilangan
kanak-kanak dan hal ini telah membimbangkan para ibu bapa. Oleh itu, semua
pihak harus bekerjasama untuk membanteras kegiatan jenayah ini agar keselamatan
dan keamanan rakyat dapat dijamin.
No comments:
Post a Comment