21 December 2016
08 November 2016
TIPS SEJARAH S.P.M. 2016
Salam sukses.
Pelajar setia KAViNAA-SHARSHIDA dan peserta Seminar Pasti 'A' S.P.M. 2016 diminta kaji semua soalan yang telah diberikan dalam seminar. Soalan ramalan berdasarkan NOTA SEMINAR PASTI 'A' S.P.M. 2016. Namun, berikut disertakan beberapa tajuk penting berserta dengan rangka jawapan untuk rujukan kilat.
PESANAN KEPADA PELAJAR
Pelajar diminta supaya tidak mengelirukan diri dengan banyak ramalan yang sedang diviralkan melalui laman-laman sosial. Sila tumpukan tajuk-tajuk penting yang disertakan.
Selamat Maju Jaya
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!
07 November 2016
தமிழ்க் கணிப்புக் கேள்விகள் S.P.M. 2016
வணக்கம். கீழ்க்கண்ட தலைப்புகள் மாணவர்களின் விரைவு மீள்பார்வைக்காக வழங்கப்பட்டுள்ளன.
தாள் 1
1. உரையாடல்
2. நிகழ்வறிக்கை
தலைப்புகள்
1. சமூக வலைத்தளங்கள்
2. ஆரோக்கிய வாழ்க்கை முறை
3. அந்நிய தொழிலாளர்கள்
4. விளையாட்டு/சுற்றுலா துறை
5. துரித/திடீர் உணவு
6. மனித நேயம்
தாள் 2
மொழியணி:
1. இரட்டைக் கிளவி
2. பழமொழி
3. நளனது நல்லாட்சி
4. கற்புத் தெய்வம்
இலக்கணம்:
1. போலி
2. எச்சம்
3. குன்றிய/குன்றாவினை
4. வாக்கிய வகை
தாள் 1
1. உரையாடல்
2. நிகழ்வறிக்கை
தலைப்புகள்
1. சமூக வலைத்தளங்கள்
2. ஆரோக்கிய வாழ்க்கை முறை
3. அந்நிய தொழிலாளர்கள்
4. விளையாட்டு/சுற்றுலா துறை
5. துரித/திடீர் உணவு
6. மனித நேயம்
தாள் 2
மொழியணி:
1. இரட்டைக் கிளவி
2. பழமொழி
3. நளனது நல்லாட்சி
4. கற்புத் தெய்வம்
இலக்கணம்:
1. போலி
2. எச்சம்
3. குன்றிய/குன்றாவினை
4. வாக்கிய வகை
வெற்றி பெற வாழ்த்துகள்
எல்லாம் வல்ல இறைவன் என்றும் தங்களை ஆசிர்வதிப்பாராக!
TIPS B.I. S.P.M. 2016
Salam sukses.
Syabas dan tahniah kepada semua pelajar setia KAViNAA-SHARSHIDA dan peserta SEMINAR PASTI 'A' S.P.M. 2016 yang telah menjawab kertas peperiksaan bahasa Melayu dengan yakin. Banyak soalan ramalan yang KENA TEPAT 100%. Berikut disertakan TIPS B.I. S.P.M. 2016 dan diharap agar dapat membantu anda. Namun, ditegaskan lagi bahawa soalan ramalan berdasarkan Set Ramalan/Nota Seminar. Berikut adalah untuk rujukan kilat.
TYPES OF ESSAYS
1. Report ***
2. Informal Letter ***
3. Article
4. Speech
SUGGESTED TITLES
1. An excellent students criteria
2. Advantages/Disadvantages of ICT (such as mobile set, social networks...) ***
3. Prevention of pollution/Haze/Dangerous diseases
4. Effects of fast food
5. The ways to reduce stress/Obesity ***
6. Importance of saving/Reading literature component
SELAMAT MAJU JAYA
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!
04 November 2016
TIPS B.M. S.P.M. 2016
Salam sukses.
Semua pelajar setia KAViNAA diminta supaya memberikan fokus dan kaji semua soalan ramalan dalam NOTA SEMINAR PASTI 'A' S.P.M. 2016. SOALAN RAMALAN BERDASARKAN NOTA SEMINAR. Namun, pelajar digalakkan untuk membuat revisi kilat berdasarkan tajuk-tajuk contoh berikut:
Semua pelajar setia KAViNAA diminta supaya memberikan fokus dan kaji semua soalan ramalan dalam NOTA SEMINAR PASTI 'A' S.P.M. 2016. SOALAN RAMALAN BERDASARKAN NOTA SEMINAR. Namun, pelajar digalakkan untuk membuat revisi kilat berdasarkan tajuk-tajuk contoh berikut:
1. Kebaikan amalan berjimat-cermat/bersukan/membaca
2. Kepentingan memartabatkan bahasa Melayu/memperkukuh bahasa Inggeris/kewajaran
mewajibkan lulus Sejarah
mewajibkan lulus Sejarah
3. Kesan penggunaan aplikasi jaringan sosial
4. Peranan remaja dalam pembangunan negara
5. Peranan ibu bapa dalam pembangunan modal insan/remaja berkualiti/membudayakan
amalan membaca***
amalan membaca***
6. Peranan pelbagai pihak dalam memerangi penyakit berbahaya/memupuk semangat
kejiranan/perpaduan***
kejiranan/perpaduan***
7. Kerjasama antara negara dalam membanteras aktiviti pemerdagangan manusia/ jenayah
siber***
PESANAN
KEPADA PELAJARsiber***
Pelajar diminta supaya tidak mengelirukan diri
dengan variasi soalan. SILA JAWAB SETIAP SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
KAViNAA. SEGALANYA MUDAH & SUKSES PASTI MENJADI MILIK ANDA.
SELAMAT MAJU JAYA
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!
03 November 2016
Karangan SPM 2016 Target 5: KEBAIKAN TMK KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
Zaman beralih musim berubah, fasa demi fasa perubahan
dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke
zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan
zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia
telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai
input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah
berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi
ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam
bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Di Malaysia,
teknologi maklumat dan komunikasi merupakan agenda baharu yang begitu diberikan
perhatian. Kerajaan telah mengambil
pelbagai langkah yang serius untuk menerapkan budaya ICT kepada masyarakat.
Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang
pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan
untuk tujuan itu. Berdasarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu,
ternyatalah bahawa bidang ICT mempunyai manfaat yang sangat besar kepada
masyarakat dan negara ini.
Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan
masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran
maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan
di dalam dan di luar negara. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan
memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan Internet,
masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Mereka hanya perlu
menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang.
Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur
Tengah melalui skrin komputer mereka. Dengan ini, masyarakat Malaysia tidak
akan keciciran maklumat dalam menelusuri arus perdana yang pantas bergerak
bagai belut diketil ekor ini. Gelaran katak di bawah tempurung tidak akan
dilabel pada setiap rakyat Malaysia. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat
mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
Selain itu, dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar
negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima
dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan
pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional
dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah
malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas
daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya
pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara
dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok
bandingnya? Jelaslah bahawa kemajuan ICT dapat merapatkan hubungan silaturahim
antara satu sama lain walaupun berada di benua yang berbeza. Kejauhan tidak
lagi menjadi penghalang untuk menjadikan hubungan semakin akrab bagai isi
dengan kuku.
Jika kita tinjau kebaikan ICT kepada negara pula,
kehadiran teknologi maklumat dan telekomunikasi merupakan anugerah istimewa
kepada dunia pendidikan. Kewujudan ICT
dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sistem pendidikan di sekolah dapat
dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Pelajar mendapatkan
maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau
projek-projek di sekolah. Pelajar akan belajar mengikut kemampuan mereka serta
melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di
institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi
lebih luas, selain menjimatkan kos. Pelajar pintar dan celik IT tidak disekat
oleh faktor kelas dan usia. Hal ini melahirkan lebih ramai cendekiawan. Fakta
ini nyata terbukti apabila ada kanak-kanak yang baru berusia setahun jagung
sudah boleh menguasai mata pelajaran Matematik jauh lebih baik daripada pelajar
yang sudah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajaran di sekolah
rendah ataupun pelajaran sekolah menengah dapat dipelajari melalui modul
pemelajaran yang disediakan dalam cakera padat-ingatan baca sahaja (CD-ROM)
yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Izharlah
bahawa kemajuan ICT mampu menjadi pemudah cara dan menjadi tarikan dalam
memajukan sistem pendidikan di negara kita.
Selain membantu dalam sistem pendidikan, ICT juga menjadi
penyumbang penting dalam menjaga
keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di
negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen atau kamera litar
tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti
bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. Sistem
CCTV ini ialah penggunaan kamera video untuk menghantar isyarat ke
tempat-tempat tertentu. Isyarat yang dihantarnya tidak dihantar secara terbuka.
Hal ini berbeza sekali dengan televisyen. CCTV ini digunakan untuk mengawas
keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan
jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit.
Dengan bantuan CCTV, akhirnya kanak-kanak yang bernama Nurin Jazlin berjaya
ditemui. Kes penculikan kanak-kanak yang penuh tragis tersebut pernah
menggegarkan seluruh masyarakat Malaysia. Kejadian ini tentu sekali kes
jenayah yang sangat kejam. Walaupun mayat kanak-kanak tersebut ditemui dalam
keadaan yang menyayatkan hati namun dengan adanya kamera video dapat merakamkan
lokasi beg yang mengandungi mayat kanak-kanak tersebut. Dengan kemajuan bidang
ICT, keselamatan negara dapat dipelihara dan secara implisitnya, kehidupan
rakyat juga tidak akan terancam. Tugas anggota keselamatan negara juga akan
menjadi lebih mudah. Pendek kata, keamanan dan keselamatan dapat dijaga melalui
kemajuan bidang ICT di negara kita.
Di samping itu, kemajuan
teknologi maklumat dan telekomunikasi juga meningkatkan kualiti dan
produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan bidang ICT secara langsung
atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat
dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.
Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat
melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita
tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai
ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi
tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika
Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih
dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750
kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara
yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu,
terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri
sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa
ICT memainkan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Kita tidak
harus ketinggalan untuk menguasai kemahiran ICT kerana bidang ini akan terus
berkembang dari semasa ke semasa dengan pantas. Sistem hidup manusia masa depan
akan lebih bergantung kepada kemajuan dalam bidang ini. Malah pada masa ini
pun, kebergantungan manusia terhadap teknologi maklumat sememangnya tidak dapat
dinafikan. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong usaha ini
di samping menyediakan diri untuk mempelajari pengetahuan baharu berkaitan ICT
agar kita tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Namun begitu,
sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan ICT.
Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah
sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan
ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil
yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan
masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara
merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.
Karangan SPM 2016 Target 4: KERJASAMA ANTARA NEGARA MEMBANTERAS AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Pemerdagangan manusia
merupakan kegiatan jenayah yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga
kerja dan perkhidmatan seseorang melalui paksaan atau kerelaan. Kegiatan ini
termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi,
menyediakan atau menerima seseorang. Jenayah pemerdagangan manusia menjadi
semakin serius dan ini menjadi isu global. Hal ini demikian kerana bukan sahaja
Malaysia yang dipilih sebagai destinasi malah negara-negara jiran juga dipilih
sebagai destinasi untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia. Oleh itu,
Malaysia dan negra jiran harus mengambil tindakan untuk menangani kegiatan
jenayah ini.
Antara aspek kerjasama antara
Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah ini adalah
mengetatkan kawalan sempadan. Sempadan merupakan perjalanan sindiket untuk
memasuki ke sebuah negara demi melakukan pemerdagangan manusia. Oleh sebab itu,
Malaysia dan negara-negara jiran harus mengetatkan kawalan di sempadan dengan
menambahkan bilangan pegawai yang meronda. Apabila kawalan di sempadan telah
diketatkan, sindiket tidak dapat memasuki ke sebuah negara dengan mudah. Dngan
ini, pegawai imigresen di sempadan negara masing-masing boleh menangkap
sindiket yang mencurigakan. Contohnya, pegawai imigresen di sempadan negara
boleh menjalankan pemeriksaan yang teliti terhadap kemasukan orang asing.
Jelaslah, Malaysia dan negara jiran perlu mengetatkan kawalan sempadan untuk
mengatasi kegiatan jenayah ini.
Selain itu, aspek kerjasama
yang lain antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah saling menukar
menukar maklumat penjenayah yang sering disenaraikan dalam senarai hitam dan
senarai orang kehilangan. Tindakan ini adalah untuk saling memahami pergerakan
penjenayah dan mengenal pasti orang yang hilang. Dengan adanya maklumat semasa,
ini telah memudahkan kerja pegawai kastam dan polis untuk menangkap sindiket
serta mengenal pasti orang yang hilang. Ini bukan sahaja dapat menghalang lebih
banyak pemerdagangan manusia berlaku, namun juga dapat mencari orang yang
hilang. Contohnya, Malaysia dan negara jiran boleh saling bertukar maklumat
penjenayah supaya negara lain boleh membantu untuk memberkas sindiket tersebut.
Intihanya, penukaran maklumat perlu dilakukan agar kegiatan pemerdagangan
manusia dapat diatasi.
Untuk meningkatkan ekonomi di
negara-negara masing, penambahan pelaburan asing juga boleh dijadikan sebagai
satu aspek kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara jiran untuk
meningkatkan ekonomi negara. Jika kita ingin meningkatkan peluang pekerjaan di
negara, kita harus meningkatkan ekonomi negara. Pihak kerajaan boleh
menambahkan tapak perindustrian untuk menarik minat peabur asing. Apabila
negara kita boleh mendapat pelaburan daripada pelabur asing, pengaliran wang
asing dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi negara. Contohnya, projek
pelaburan yang menarik minat pelabur untuk meneruskan pelaburan akan memberi
modal yang cukup untuk meningkatkan ekonomi negara. Jelaslah, peningkatan
pelaburan asing dapat meningkatkan ekonomi negara.
Di samping itu, peningkatan
peluang pekerjaan dengan cara yang sah merupakan salah satu aspek kerjasama
Malaysia dan negara-negara jiran. Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan
pemerdagangan manusia berlaku ialah peluang pekerjaan yang rendah di negara
asal. Rakyat yang tidak dapat pekerjaan di negara asal akan mencari peluang
pekerjaan di negara lain dan ini menjadi umpan sindiket untuk memerangkap
rakyat. Pihak kerajaan boleh membekalkan kerja di tapak perindustrian dan
pembinaan untuk rakyat asing untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Contohnya,
pihak kerajaan boleh memberikan pekerjaan dalam sektor industri untuk
mengekalkan pengeluaran yang sepatutnya. Oleh itu, pihak kerajaan di negara
masing-masing perlu menyediakan saluran yang betul dan sah supaya rakyat tidak
akan terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
Seterusnya, aspek kerjasama
antara Malaysia dengan negara-negara jiran adalah membekalkan tenaga buruh
dengan cara yang sah. Apabila negara dalam proses pembangunan, banyak tenaga
buruh diperlukan dalam bidang penanaman, pembinaan dan perkhidmatan. Untuk
membekalkan tenaga buruh dengan cara yang sah, pihak kerajaan harus memberi
permit kepada buruh asing. Apabila buruh asing diberi permit untuk bekerja di
negara kita, sindiket tidak mempunyai peluang untuk memperdayakan rakyat dengan
cara yang haram. Contohnya, pihak kerajaan boleh mengadakan Program 6P untuk
memberi permit kepada buruh asing dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 untuk
menjaga kebajikan buruh asing. Intihanya, Malaysia dan negara jiran perlu
mengupah buruh dengan cara yang sah supaya sindiket tidak mempunyai peluang
untuk melakukan kegiatan pemerdagangan manusia.
Konklusinya, kegiatan pemerdagangan manusia memang
satu jenayah yang harus dibanteras bersama-sama oleh Malaysia dengan
negara-negara jiran. Inilah salah satu punca yang menyebabkan kehilangan
kanak-kanak dan hal ini telah membimbangkan para ibu bapa. Oleh itu, semua
pihak harus bekerjasama untuk membanteras kegiatan jenayah ini agar keselamatan
dan keamanan rakyat dapat dijamin.
Karangan SPM 2016 Target 3: PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Dalam
era globalisasi tanpa limitasi ini, negara Malaysia kini sedang pesat membangun
dari sehari ke sehari. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong pembangunan
ini? Sebenarnya, pembangunan negara adalah sejajar dengan pembangunan modal
insan kelas pertama yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Modal
insan ini lahir daripada generasi muda kita yang berwawasan tinggi. Generasi
yang berwawasan memiliki sikap-sikap positif seperti dinamik, proaktif,
beriltizam dan berdaya saing. Tetapi apakah pula rahsia pembentukan generasi
berwawasan yang mendukung pembangunan modal insan di negara ini? Dalam hal ini,
keluarga memainkan peranan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk dipikul
demi merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai modal insan yang
cemerlang dalam pelbagai aspek.
Generasi
hari ini merupakan pemimpin masa hadapan. Mereka mesti menyediakan diri dengan
ciri-ciri kepimpinan dan memantapkan ilmu serta kemahiran. Di sini jugalah
keluarga khususnya ibu bapa memainkan peranan untuk memimpin tangan dan
membantu anak mereka dalam mengharungi kehidupan dengan cara yang paling
efektif sekali. Hal ini demikian kerana keluarga merupakan pihak yang paling
dekat dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang baik
terhadap anak-anak kerana segala perbuatan dan tingkah laku ibu bapa pasti akan
diikut oleh anak-anak mereka. ‘Di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’
merupakan peribahasa yang relevan dengan isu ini. Sudah menjadi lumrah hidup
manusia, anak-anak sememangnya akan akan memperhatikan dan meniru gerak tari
ibu bapanya. Jika sumbang gerak tari ibu bapanya maka sumbanglah juga gerak
tari mereka. Justeru, ibu bapa perlu bersikap optimistik tidak kira dalam
apa-apa keadaan demi memastikan anak-anak sentiasa berada di landasan yang
betul dan seterusnya melahirkan anak yang sentiasa bersikap positif.
Selain
itu, ibu bapa turut memainkan peranan untuk mewujudkan suasana yang harmoni
dalam keluarga. Hal ini demikian kerana suasana yang harmoni dapat mengelakkan
anak-anak daripada terlibat dengan gejala negatif. Apabila suasana ini dapat
diwujudkan ikatan silaturahim antara keluarga akan lebih utuh. Hal ini
seterusnya dapat mengelakkan gangguan emosi dalam kalangan anak-anak dan
seterusnya membendung anak-anak daripada tergelincir dari landasan yang benar.
Setiap hari di dada akhbar kita dapat melihat bahawasanya remaja kini
kebanyakannya terlibat dengan masalah sosial yang menjadi-jadi bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Justeru, ibu bapa dan keluarga harus membimbing dan memantau
anak-anak supaya tidak terjebak ke dalam sesawang negatif dan menghancurkan
usaha untuk membina modal insan.
Peribahasa
Melayu ada mengatakan, ‘kepapaan menajamkan akal manusia, kekayaan menumpulkan
akal manusia’. Peribahasa ini memberi maksud yang sangat jelas bahawa ibu bapa
tidak harus melimpahkan kemewahan terhadap anak-anak kerana kemewahan dan
kekayaan akan menyebabkan anak-anak lalai dalam menjalani kehidupan. Sebaliknya
anak-anak lebih suka berfoya-foya dan mengabaikan tanggungjawab utama mereka
iaitu menuntut dan menimba ilmu. Sememangnya, ibu bapa harus bijak menguruskan
kewangan anak-anak mereka dan mendidik mereka bagi mengelakkan mereka tergolong
dalam golongan yang lalai dan rugi.Di samping itu, ibu bapa harus mengikuti
perkembangan pembelajaran anak-anak dan sentiasa memberi sokongan kepada
mereka. Dalam hidup ini, setiap manusia yang memperoleh kejayaan pasti pernah
menemui kegagalan pada suatu ketika dahulu. Dalam hal ini, jika anak-anak gagal
dalam sesuatu perkara misalnya peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya menghukum
mereka sebaliknya memberi dorongan dan menasihati mereka. ‘Pengalaman ialah ibu
segala kejayaan’ merupakan peribahasa Jepun yang sangat sesuai dengan isu ini.
Sebaik-baiknya kegagalan yang pernah dihadapi itu dijadikan pengalaman dan
sejarah yang tidak boleh diulang kembali. Jelaslah di sini bahawa, dorongan dan
sokongan ibu bapa dapat mendidik anak-anak untuk mengawal emosi mereka dan
seterusnya membentuk modal insan yang cemerlang dari aspek emosinya.
Seterusnya,
didikan agama merupakan aspek yang paling penting bagi membentuk generasi yang
bersih dari segi rohani dan jasmani. Dalam hal ini juga ibu bapa ialah pihak
yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana dengan pengetahuan agama yang menebal dalam
diri, anak-anak dapat membezakan perkara yang benar dan batil. Anak-anak juga
lebih terdorong untuk melakukan kebaikan dan secara tidak langsung dapat
menyuntik semangat mereka untuk berusaha dengan gigih demi mencapai matlamat.
Perkara ini juga dapat membina disiplin diri anak-anak dan melicinkan usaha
untuk menambah bilangan modal insan dalam negara kita.
Natijahnya, ibu bapa
dan keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam pembentukan modal
insan dalam kalangan anak-anak mereka. Bahawasanya, gabungan nilai-nilai murni,
ilmu pengetahuan dan kemahiran serta disiplin diri yang tinggi boleh melahirkan
generasi berwawasan yang menjadi akar kepada pembangunan modal insan kelas
pertama yang cemerlang dari aspek fizikal, mental dan emosi. Dalam hal ini,
ruyung perlulah dipecahkan untuk menikmati sagunya. Oleh itu, ibu bapa tidak
boleh berputus asa berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna
dalam masyarakat, bangsa dan agama serta membatu merealisasikan satu agenda
penting negara iaitu melahirkan generasi berwawasan yang menjadi penggerak
kemajuan negara.
Karangan SPM 2016 Target 2: KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI REMAJA MENGHADAPI CABARAN HIDUP
Remaja
zaman ini mengalami pelbagai cabaran yang menjadi penentu dalam hala tuju
kehidupan mereka tersebut. Cabaran yang berlaku itu apabila gagal diatasi akan
menjejaskan kehidupan remaja lalu terjebak dalam pelbagai gejala sosial yang
melanda negara seperti dadah, mat rempit, dan juga jenayah. Berita yang
disiarkan menerusi media massa telah membuktikan bahawa banyak remaja gagal
meneruskan cabaran hidup kerana tidak memiliki beberapa kemahiran penting dalam
kehidupan zaman globalisasi itu. Jadi, apakah kemahiran-kemahiran yang harus
dimiliki oleh remaja dalam usaha mereka mengatasi dugaan kehidupan zaman moden
ini?
Kemahiran
yang paling berguna untuk memudahkan remaja mengharungi cabaran kehidupan zaman
ini ialah mereka mahir berkomunikasi dengan orang lain. Remaja yang bijak akan
menggunakan pelbagai kaedah komunikasi yang bersesuaian dengan individu yang
sedang bersemuka dengan mereka itu. Golongan remaja ini juga mestilah mahir dalam
menilai reaksi seseorang apabila diri mereka menerangkan sesuatu perkara lalu
membuat perubahan yang difikirkan bersesuaian pula dengan reaksi tersebut.
Akibatnya, remaja yang memiliki kemahiran berkomunikasi akan berupaya untuk
meluahkan perasaan dan minat serta matlamat mereka dengan lebih tersusun serta
jelas kepada orang lain pada bila-bila masa.
Selain
itu, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah turut penting dimiliki oleh
remaja kerana kehidupan zaman ini menekankan aspek berdikari yang tinggi.
Kemelut yang melanda kehidupan remaja amat berbeza daripada masalah yang
berlaku pada era ibu bapa mereka lalu memerlukan satu cara penyelesaian yang
tidak sama untuk menangani masalah itu. Kaedah penyelesaian itu mestilah
bersesuaian dengan peribadi remaja kerana mereka yang akan menanggung segala
akibat yang timbul daripada sesuatu penyelesaian masalah itu. Jelaslah, remaja
yang memiliki kemahiran menyelesaikan masalah ini mampu mengatasi semua cabaran
yang menimpa mereka baik di sekolah, di tempat kerja, dan di rumah itu.
Tambahan
pula, remaja yang mampu meneruskan cabaran kehidupan yang penuh gelora ini
mestilah mempunyai kemahiran insaniah. Peribadi yang baik, sopan, berbudi
bahasa, dan memiliki pegangan keagamaan bersama-sama nilai kemanusiaan sejagat
akan menjamin remaja itu hidup bahagia dalam kehidupan era digital ini. Remaja
yang memiliki kemahiran ini akan berupaya bergaul dalam kalangan masyarakat
yang semakin melupakan erti kemanusiaan yang sejati tersebut. Sesungguhnya,
remaja yang memiliki ciri insaniah yang sebenar akan menjadi peneraju yang
mencetuskan kewujudan masyarakat yang berhati mulia dalam meneruskan saki-baki
kehidupan mereka tersebut.
Kemahiran
yang seterusnya melibatkan penguasaan remaja dalam teknologi maklumat dan
komunikasi yang begitu menarik lagi canggih. Golongan muda telah menggunakan
teknologi ini sebagai sumber bahan berita atau informasi yang penting dalam
kehidupan mereka walaupun ada unsur penipuan yang menjejaskan kredibiliti
remaja pula. Remaja yang mahir dalam teknologi ini akan menapis atau memeriksa
bahan yang diterima menerusi teknologi komunikasi sebegini sebelum melakukan
sebarang tindakan susulan yang boleh menghalang kemudaratan melanda diri
sendiri. Maka, remaja yang tinggi kemahiran dalam teknologi komunikasi ini akan
terhindar daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah diri dan
keluarga mereka pada masa hadapan itu.
Akhir
sekali, remaja yang bakal meneruskan kehidupan dengan bahagia ialah remaja yang
mempunyai kemahiran khusus dalam arah kendiri atau interpersonal. Kemahlran
arah kendiri merujuk kebolehan remaja untuk memotivasikan diri sendiri dalam
usaha mencapai matlamat dalam kehidupan mereka pada masa hadapan tersebut.
Remaja sebegini akan mampu bangkit semula apabila hidup mereka dipenuhi dengan
pelbagai cabaran yang membawa rasa kesedihan, kekecewaan dan kegagalan yang
berulang kali itu. Sebenarnya, remaja yang ada kemahiran arah kendiri akan
melihat kegagalan atau kesedihan sebagai satu proses kehidupan yang harus
diharungi dalam kehidupan manusia sebenar.
Kesimpulannya, remaja
yang hidup pada zaman dunia tanpa sempadan ini haruslah memiliki semua
kemahiran yang dihuraikan tadi. Kegagalan untuk memiliki kemahiran tadi akan
menjadikan kehidupan remaja begitu sukar untuk diteruskan kerana cabaran yang
berlaku tidak memilih bulu lalu menjejaskan kualiti kehidupan remaja.
Masyarakat pula hendaklah membantu remaja memiliki kemahiran ini dengan
mendidik mereka atau membiarkan mereka menyelesaikan sesuatu cabaran mengikut
selera mereka sendiri pula. Peribahasa katak di bawah tempurung perlulah
dihindarkan daripada pemikiran remaja kerana dunia moden ini sudah menjadi
semakin kecil lalu segala yang berlaku akan memberi kesan kepada remaja yang
tidak bersedia untuk berubah sikap.
Karangan SPM 2016 Target 1: PERANAN REMAJA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut
sosial. Ternyata mentaliti generasi
muda di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah
negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.” Mantan Presiden
Indonesia, Soekarno pernah mengungkap, “Jika
diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang
tertangkup tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat
mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis ini telah
menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan golongan belia dan generasi
muda. Ternyatalah di sini bahawa remaja mahupun golongan belia yang berkualiti
dapat memperkasakan kegemilangan nusa
dan bangsa. Oleh itu, saya perlu memainkan peranan saya dengan penuh
tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.
Peranan saya yang signifikan ialah saya perlu belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik.
Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan yang pemimpin negara yang berkualiti
demi menjamin masa hadapan negar yang cerah terutamanya dalam aspek pembangunan
negara. Intelek merupakan faktor
perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan
itu, saya perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga
menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui
pelbagai wahana, seperti membaca
buku, melayari lebuh raya maklumat
di dunia maya dan sebagainya.
Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan
akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Saya juga tidak
harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan,
iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati,
ikut rasa binasa. Seorang
tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa
itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan
Tegasnya, tanpa remaja dan golongan yang bijak pandai maka pembangunan negara
akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata
tidak dapat menjamin pembangunan negara jika generasi muda kita seperti saya
tidak memiliki kesihatan fizikal dan
mental yang seimbang. Generasi muda yang ingin membangunkan negara perlu
memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf
baharu yang penuh dengan kompetitif,
muda-mudi negara perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri
tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan generasi muda di negara maju.
Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya patut mengamalkan pemakanan
seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan,
beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak,
merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya. Remaja mahupun golongan
belia harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak
lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan rakyat sihat,
negara maju. Jadi, muda-mudi negara yang sihat dan mempunyai jati diri
yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, saya juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur.
Golongan muda harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi
kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, saya haruslah mengamalkan
segala suruhan agama dan meninggalkan semua larangan agama. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan
terjerumus ke dalam kebejatan sosial.
Saya mestilah sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara yang mungkar seperti menagih dadah, berzina dan mencuri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan
pendidikan moral, golongan muda juga harus dibimbing supaya melakukan kerja
amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah
kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu
mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Dalam
konteks ini, saya dapat membantu pembangunan negara dengan memastikan negara bebas
daripada ancamana masalah sosial. Dengan kata lain, golongan remaja dan belia
negara harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang
agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara luarannya dan dalamannya
pada suatu hari nanti.
Seperkara lagi, saya juga perlu kreatif dan inovatif
untuk memacu pembangunan negara
yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa
berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang.
Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan
berani mencuba sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis.
Rentetan daripada itu, golongan remaja dan belia kita harus dilatih supaya
berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.
Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga
jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan
rekaan Mat
Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya.
Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada
kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti
dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara
kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.
Akhir sekali, saya juga dapat memainkan peranan saya
untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana
apabila kita mempunyai sifat sedemikian, kita lazimnya dapat menerima teguran
dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, kita dapat memberi kesan
kepada negara kita. Kita dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial
negara. Kitalah yang akan menjadi pendukung
untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan
kesejahteraan sosial. Sebagai contohnya, saya mestilah sentiasa mengamalkan
sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu
semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu
bahasa dan satu negara. Hal ini bermakna saya perlu mengamalkan perpaduan sama
ada di sekolah atau di tempat-tempat lain. Dengan ini, keharmonian negara dapat
dipelihara dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar dalam suasana
negara yang aman harmoni. Maka, sifat keterbukaan golongan muda yang belum
keras ubun-ubunnya sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang
mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan
antara rakyatnya.
Secara intihanya, semua remaja dan belia negara
termasuklah saya mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk
menjanakan pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Pemusa-pemudi negara merupakan tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara
kita haruslah merdeka daripada belenggu
angkara sosial. Hanya remaja dan belia yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara.
Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak
dapat menjadi realiti. Oleh itu, generasi yang merupakan aset negara ini perlu
terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri
yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara
kita dapat berdiri dengan gah di
pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di
seantero dunia.
01 November 2016
KELAS EKSPRES SEJARAH S.P.M. 2016
Salam sukses. Pelajar setia KAViNAA-SHARSHIDA & semua peserta Seminar Pasti 'A' S.P.M. 2016 diminta mengikuti jadual Kelas Ekspres SEJARAH S.P.M. ini. Sila bawa Soalan Ramalan/Nota Seminar Pasti 'A' S.P.M. 2016.
Selamat maju jaya.
Yang MAHA KUASA akan sentiasa bersama ANDA!
24 October 2016
JADUAL KELAS EKSPRES B.I. S.P.M.2016
Salam sukses. Pelajar setia KAViNAA-SHARSHIDA & semua peserta Seminar Pasti 'A' S.P.M. 2016 diminta mengikuti jadual Kelas Ekspres B.I. S.P.M. ini. Pelajar cawangan Bedong diminta mengikuti kelas di KAViNAA Gurun. Sila bawa Soalan Ramalan/Nota Seminar Pasti 'A' S.P.M. 2016.
22 October 2016
JADUAL KELAS EKSPRES B.M. S.P.M. 2016
Salam sukses. Berikut disertakan Jadual Kelas Ekspres B.M. S.P.M. 2016. Jadual kelas ekspres B.I. & Sejarah akan dimuat naik dalam tempoh yang terdekat. Sila bawa Nota Seminar/Soalan Ramalan Pasti 'A' S.P.M. 2016.
Selamat Mengikuti Kelas Ekspres B.M. S.P.M. 2016 & Selamat Maju Jaya.
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIAS BERSAMA ANDA!
14 October 2016
06 October 2016
TIPS B.M. P.T.3.' 2016
Salam sukses.
Semua pelajar setia KAViNAA diminta supaya memberikan fokus dan kaji semua soalan ramalan dalam NOTA SEMINAR PASTI 'A' P.T.3.' 2016. SOALAN RAMALAN BERDASARKAN NOTA SEMINAR. Namun, pelajar digalakkan untuk membuat revisi kilat berdasarkan contoh-contoh berikut:
Sila Klik untuk Imej yang Lebih Besar
SELAMAT MAJU JAYA.
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!
23 September 2016
04 September 2016
23 August 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)