29 October 2015

FOKUS B.M. S.P.M. 2015: 10 Peribahasa Penting


PERIBAHASA
MAKSUD
Rendah diri/ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk /
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya

seseorang yang tidak bersombong walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
air susu dibalas dengan air tuba
kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan kejahatan.

alah bisa tegal biasa
sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan lama-kelamaan menjadi kebiasaan.

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan /
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar licin /

apabila mula membuat sesuatu, kita harus menyempurnakannya.
bagai lebah menghimpun madu

rajin bekerja.
bagaimana acuan begitulah kuihnya /
bapa borek anak rintik /
bagaimana tepuk, begitulah tarinya

anak-anak biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

orang yang melihat penderitaan orang lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu.
biar putih tulang, jangan putih mata
berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa berbuat apa-apa

buah tangan
cenderamata.
air yang dicincang tidak akan putus /
biduk lalu kiambang bertaut
pergaduhan dalam kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah berbaik-baik semula.
gunting dalam lipatan /
api dalam sekam /
musuh dalam selimut

musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat kita kesan
harapkan pagar, pagar makan pagi /
harapkan sokong, sokong membawa rebah

dikhianati oleh seseorang yang dipercayai /
dikecewakan oleh golongan yang diharapkan
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

kalau tidak berusaha, kejayaan tidak akan dapat dicapai.
langkah kanan
bernasib baik.
masa itu emas
masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik.

masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang lain.
menconteng arang di muka sendiri
apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri.

muafakat membawa berkat /
bersekutu bertambah mutu

untuk mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat amat diperlukan.



SELAMAT MENGULANG KAJI. YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!

No comments:

Post a Comment