FOKUS
SOALAN: BINAAT PLOT
Soalan
Contoh:
Klimaks
merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks
dalam novel tersebut.
Jawapan
Berdasarkan Novel Azfa Hanani
Plot
terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah
klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak.
Ceritanya digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau
antara watak dengan dirinya sendiri.
Peristiwa
yang menjadi klimaks dalam novel Azfa Hanani bermula apabila Azfa Hanani
menerima hadiah berupa bog duit dank ad pengenalan Tengku Murni daripada Ekran.
Azfa Hanani kemudiannya mencari dan berjumpa dengan Ekran di sekolah. Dia
meminta penjelasan daripada Ekran tentang beg duit dan kad pengenalan Tengku
Murni itu. Daripada penjelasan Ekran, Azfa Hahani mendapat tahu bahawa hubungan
Tengku Murni dengan Ekran telah dihalang oleh Tengku Muzaffar.
Setelah
pulang ke rumah, Azfa Hanani mengkaji kandungan dan tulisan yang terpadam dalam
diari tulisan Tengku Murni. Dengan menggunakan lilin yang dicairkan Azfa Hanani
telah dapat mengesahkan bahawa Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan
Tengku Murni dengan Ekran. Dia terus pergi ke bilik Tengku Muzaffar dan terus
memarahi Tengku Muzaffar tentang perkara itu. Pertengkaran telah berlaku antara
Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar. Tengku Muzaffar menjelaskan bahawa dia
bertindak begitu kerana Ekran seorang budak miskin. Azfa Hanani tidak berpuas
hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh Tengku Muzaffar. Dia
menyatakan bahawa Tengku Muzaffar tidak patut menghalang hubungannya dengan
Ekran kerana dia juga merupakan seorang miskin seperti Ekran.
Pertengkaran
itu didengar oleh Datin Maziah. Tengku Muzaffar dan Azfa Hanani terkejut
apabila Datin Maziah tiba-tiba tercegat di mupa pintu biliknya. Rahsia
penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin Maziah amat marah lalu menampar Azfa
Hanani. Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani keluar dari rumah pada malam
itu juga. Azfa Hanani kemudiannya telah dihantar oleh Tengku Muzaffar ke rumah
Tengku Ellina sebelum pulang ke kampung.
FOKUS SOALAN:
PENGAJARAN
Soalan
Contoh:
(a)
Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan
panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat
anda petik daripada novel
yang telah anda kaji.
(b)
Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga
peristiwa menarik dalam novel tersebut.
Jawapan
Berdasarkan Novel Azfa Hanani
Jawapan
bagi Soalan (a)
Novel
ini mengandungi beberapa pengajaran penting yang dapat dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan
dalam novel Azfa Hanani ialah kita hendaklah mengaku dan bertanggungjawab
terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Contohnya Azfa Hanani mengaku
bahawa dialah yang mencuri beberapa buah buku rujukan di perpustakkan sekolah.
Sewaktu dalam perjalanan ke bilik pengetua sekolah, dia telah bersedia untuk
menerima apa-apa hikuman yang akan ditetapkan kepadanya. Begitu juga dengan
Fuziana dan Syafikah. Mereka mengaku bersalah dan meminta maaf daripada Azfa
Hanani kerana dihasut oleh Laini untuk memusuhi dan bersikap kasar terhadap
Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga mengaku bahawa dialah yang menyebabkan
kemalangan dan kematian ibu bapa Azfa Hanani dan berasa bertanggungjawab untuk
menjaga Azfa Hanani.
Pengajaran
lain yang diungkapkan oleh pengarang ialah seseorang pelajar hendaklah belajar
dengan tekun sabar demi kejayaan pada masa hadapan. Contoh kepada pengajaran
ini ialah watak Azfa Hanani yang tekun serta gigih belajar demi mencapai
cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Walaupun tidak ada wang untuk
membeli buku-buku rujukan, dia telah mengambil jalan sendiri dengan mencuri
pinjam buku-buku rujukan dari perpustakaan untuk dibaca. Dia berjanji akan
memulangkan buku-buku berkenaan setelah selesai membacanya. Demikian juga
dengan Ekran yang gigih belajar untuk mencapai cita-cita sebagai akauntan.
Malah dia melakukan latihan praktikal dengan membuka gerai dan menjual burger.
Dengan cara itu dia percaya akan lebih memahami tentang ilmu perakaunan.
Selain itu, seseorang yang kaya dan berada janganlah bersikap sombong
sehingga boleh menjatuh maruah orang lain. Contohnya Tengku Muzaffar
mengeluarkan kata-kata yang menghina Azfa Hanani tanpa mengetahui niat dan perasaan
sebenar Azfa Hanani. Datuk Tengku Makmur juga bersikap sombong kepada Azfa
Hanani dengan memerikan upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Tengku
Murni sedangkan Azfa Hanani tidak berniat untuk menerima upah atas apa yang
dilakukannya. Tengku Muzaffar juga bersikap sombong kepada Ekran dengan
menghalang perhubungan Ekran dengan Tengku Murni kerana menganggap Ekran anak
orang miskin dan tidak ada masa depan.
Jawapan
bagi Soalan (b)
Sesebuah
cerita dalam novel mengandungi banyak rentetan peristiwa. Terdapat beberapa
peristiwa tertentu yang menarik bagi pembaca novel tersebut. Antara peristiwa
menarik bagi saya dalam novel Azfa Hanani ialah peristiwa perbualan telefon
antara Azfa Hanani dengan pak long. Azfa Hanani dapat tahu bahawa Zuraini sudah
boleh berjalan. Mereka akan pulang pada hari itu. Azfa Hanani mahu ke lapangan
terbang untuk menemui mereka namun ditegah oleh Syafinaz. Azfa Hanani ke kelas
Bahasa Inggeris. Sepulang ke rumah dia terkejut melihat pak long dan Zuraini
ada di rumah tersebut. Dia berbual panjang dengan Zuraini. Di sudut lain pak
longnya dan Datuk Tengku Makmur berbual panjang dengan pak longnya. Pada hari
itu juga Datuk Tengku Makmur membahasakan dirinya ‘papa’ kepada Azfa Hanani.
Peristiwa itu menarik bagi saya kerana ia menunjukkan Azfa Hanani telah
diterima oleh Datuk Tengku Makmur.
Peristiwa
kedua yang menarik bagi saya ialah peristiwa yang berlaku di perpustakaan
Sekolah Menengah Taman Sari. Fuziana dan Syafikah menawarkan peranan pengacara
Malam Bakat Sumbangsih kepada Azfa Hanani. Mereka memujuk Azfa Hanani supaya
menerima tawaran itu kerana ia memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjadi
glamour. Azfa Hanani menolak tawaran itu kerana menyedari bahawa slot itu
sepatutnya dikendali kan oleh pelajar tingkatan lima Sastera II. Selain
daripada itu Azfa Hanani dapat membaca bahawa mereka tidak ikhlas. Mereka marah
kepada Azfa Hanani. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana menggambarkan
nilai ketegasan dalam diri Azfa Hanani.
Manakala
peristiwa ketiga yang menarik bagi saya dalam novel ini ialah peristiwa Azfa
Hanani bergaduh dengan Tengku Muzaffar. Azfa Hanani telah mengetahui bahawa
Tengku Muzaffar yang menghalang perhubungan Tengku Murni dengan Ekran. Azfa
Hanani tidak berpuas hati kerana hubungannya dengan Ekran juga dihalang oleh
Tengku Muzaffar. Pertengkaran telah berlaku antara Azfa Hanani dengan Tengku
Muzaffar. Azfa Hanani tidak mahu Tengku Muzaffar menghalang hubungannya dengan
Ekran kerana mereka sama-sama anak orang miskin. Pertengkaran itu diketahui
oleh Datin Maziah menyebabkan rahsia penyamaran Azfa Hanani terbongkar. Datin
Maziah amat marah lalu menampar Azfa Hanani dan menghalau Azfa Hanani keluar
dari rumah pada malam itu juga. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana peristiwa
yang sentiasa difikirkan oleh Azfa Hanani tentang penyamarannya telah berlaku.
SELAMAT MENGULANG KAJI.
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!