21 June 2011

Pecutan ke Arah S.P.M. 2011 (Siri 3 : Tajuk Karangan Panas 2,Masalah Obesiti)

Sila klik pada Gambar untuk Paparan yang Lebih Besar dan Jelas










Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Edisi Keempat, ‘obesiti’ dapat diinterpretasikan sebagai kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menHuruf condongikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian  menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia.

                Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

                Selain itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal dan gemuk. Oleh itu, kita mestilah melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan adalah seperti berjalan kaki pantas, berenang atau bermain badminton. Senaman seperti ini tentu dapat mengelakkan kecederaan.

                Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Malaysia terutamanya mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.

                Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

- Tutor BM Anda : Cikgu G.N.Rajan

10 June 2011

Kajian Novel SPM : Julia (Khas untuk Calon Ulangan SPM Jun 2011)


BIODATA PENGARANG
            Abu Hassan Morad dilahirkan pada 10 Mei 1957 di Chenok, Kedah.
            Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jitra hingga Tingkatan Tiga sebelum
meneruskan pelajarannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Setar.
            Beliau yang pernah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang pernah menjadi guru sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
            Abu Hassan yang aktif dalam bidang penulisan sejak 1979 telah menghasilkan 18 buah novel kanak-kanak dan remaja serta 42 buah cerpen.
            Selain novel dan cerpen, beliau turut menghasilkan skrip drama, kritikan sastera, dan rencana.
            Beliau banyak menyertai sayembara sastera dan memenangi beberapa hadiah.Antaranya termasuklah:-
hadiah penghargaan Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak Dewan Bahasa dan  
Pustaka, 1987(Sabarlah Sayang)
            hadiah ketiga Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA,1918(Tuk Din Tidak Gila)
hadiah ketiga Peraduan Menulis Buku Kanak-kanak, Jabatan Perdana Menteri,   
1990(Si Alang Budiman)
            hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank, 1996 dan 1997(Titian Rindu dan Natasya).
          Novel Julia yang dihasilkannya pula memenangi hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank, 1998.
          Abu Hassan yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Galeri Ilmu sejak 1995 banyak menjelajah ke luar negara seperti ke Bosnia-Herzegovina, Jordan,
Kemboja, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, dan Australia.

KUPASAN BAB DEMI BAB

BAB 1
Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic
College, Perth, Australia. Julia terperanjat dengan keputusan itu namun dia tetap akur
dengan keputusan tersebut. Ibu bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan
menaiki pesawat Boeing 777. Ayah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan
ayah bertambah kerana ayah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima
jam, Julia teringat akan adik-adiknya serta kawan-kawannya. Julia terlanggar Jun,
seorang pemuda Cina semasa hendak ke bilik air.

BAB 2
Di Perth, Julia dan ibunya menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan Mak Cik
Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa
Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannya yang
dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia. Warga tua
di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara. Julia
teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Julia bergelora kerana terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepada gadis yang pendiam, bersopan-santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di kedai buku Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.

BAB 3
Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaitu Rashid,
Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah Islamic College.
Julia berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akan Jun dan
kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapat menenggelamkan
kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

BAB 4
Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di dalam kelas.
Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan mesra dan
sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam. Julia
terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia, dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya.
Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah
maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati ibunya yang menerima
perkahwinan ayahnya dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

BAB 5
Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Keadaan jerebu semakin
serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang berasaskan pelancongan tentu
menghadapi masalah. Ibu akan pulang dan menasihati Julia supaya mengikuti
perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih
perniagaan BMPRO Holding. Melalui ayahnya, Julia mendapat tahu bahawa
perniagaan ayahnya semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan ayahnya kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Julia mendapat hadiah
daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

BAB 6
Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic college. Julia sangat aktif di dalam
kelas. Pada waktu itulah,Julia menerima berita kemalangan ayah dan ibunya yang
berlaku di Karak. Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan ibunya selamat. Jun
muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya,
Julia menerima takdir kematian ayah dan ibunya dengan linangan air mata.

BAB 7
Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, sama
kesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut.
Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia.
Julia teringat akan pesanan ayah dan ibunya ketika membuat keputusan hendak
menghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh ayah dan ibunya supaya bersedia
menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka. Jun menelefon
Julia lalu menawarkan pertolongan kepadanya. Julia teringat akan ugutan Rashid
supaya Julia terus berkawan kepadanya.

BAB 8
Pada hari kesembilan belas kematian ayah dan ibunya, Julia sudah dapat membina
kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gaya samsengnya
menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya kerana hendak mengambil alih perniagaan ayahnya. Julia membaca e- mel yang dihantar oleh Jun dan Saffiya. Ummi Sarah, isteri muda ayahnya datang ke rumah untuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanya menjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik-adiknya.

BAB 9
Julia hadir buat kali pertama di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. sebagai pengerusi
syarikat. Julia berasa berdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Julia
disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding.
Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Julia
diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa
yang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga, Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orang
wartawan Utusan yang ingin menemuramahnya.

BAB 10
Julia teringat akan temuramah dengan wartawan semalam. Berita yang keluar pada
hari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan
terhadap BMPRO Holding. Jun menghubungi Julia dan mengucapkan tahniah tentang
berita yang keluar dalam akhbar hari ini. Syed Mustaffa menuntut supaya Butik
BMPRO Sdn. Bhd. diserahkan kepadanya. Julia tidak membuat keputusan tetapi
menyerahkan masalah itu kepada peguam syarikat. Sebenarnya, BMPRO Holding menghadapi masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah.

BAB 11
Julia teringat akan lawatan ke Katanning untuk menziarahi keluarga Sadia. Lawatan itu
memberikan kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidup yang belum pasti pada

masa hadapan. Melalui e-mel, Julia mendapat tahu bahawa Sadia mendapat adik

kembar. Brother Haroun menasihati Julia supaya bertawakal dan Rashid pula

memohon maaf atas kekasarannya dahulu. Julia menghubungi Ummi Sarah kerana

tidak dapat melawat Butik BMPRO. Julia menyerahkan pengurusan butik tersebut

sepenuhnya kepada Ummi Sarah.
BAB 12
Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot
perniagaannya. Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi.
Julia teringat akan nasihat Jun supaya banyak membaca dan mengurus syarikat
dengan menggunakan ilmu. Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel &
Tours milik kelarga Jun, diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Julia akan menghadiri kursus ‘homestay’ di
Seri Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Malaysia. Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

BAB 13
Cabaran yang terpaksa diharungi oleh Julia semakin hebat. Encik Hashim, Pengurus
besar BMPRO Holding meletakkan jawatan. Hati Julia risau tetapi dengan membaca
buku Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan yang
dihadiahkan oleh Jun, Julia mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi situasi yang
rumit. Encik Baharom marah kepada Julia kerana melantik Datuk Jailani bagi
membantu memulihkan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Sebenarnya, masalah BMPRO
Transport Sdn. Bhd. Disebabkan Encik Baharom sendiri yang tidak cekap dan
menyeleweng dan Julia telah membuktikan wujudnya penyelewengan itu semasa
menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Encik Baharom insaf dan Julia
memaafkannya.

BAB 14
Julia dan Jun akan melaksanakan program ‘homestay’ di daerah Kubang Pasu, iaitu
kawasan parlimen Perdana Menteri. Program ini menggunakan keindahan alam
semula jadi, kemajuan, dan kemudahan yang sedia ada untuk menarik pelancong.
Perdana Menteri sendiri akan melancarkan program ‘homestay’ di Felda Guar Napai.
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu. Penduduk-penduduk
kampung juga akan mengambil bahagian sebagai keluarga angkat pelancong. Julia
senang hati terhadap Jun yang berada di sisinya.

BAB 15
Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar
dadah. Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid, Mona dan Han yang
senantiasa mengganggu perasaannya. Julia amat tertarik akan watak Jun yang
tampan dan senantiasa berterus terang. Sayangnya, perbezaan agama membataskan
hubungan mereka. Julia ke pejabat Encik Ibrahim di kementerian Kebudayaan,
Kesenian, dan Pelancongan Malaysia. Pegawai kementerian tersebut mencadangkan
supaya mereka menyediakan sepasang pengantin dan mengadakan kenduri-kendara
mengikut adat orang Melayu untuk menarik pelancong.

BAB 16
Pagi itu, Julia bersembahyang subuh berjemaah dengan Adi. Julia berharap agar Adi
akan mengambil alih perniagaan apabila dewasa kelak. Mereka mendengar kuliah
Subuh yang disampaikan oleh nenek. Pagi itu juga, mereka akan menziarahi kubur
ayah dan ibu mereka. Julia teringat akan pertemuannya semalam dengan keluarga Jun
di Restoran Fui Gui, Hotel Istana. Semasa berada di tanah perkuburan, Jun datang
menemui Julia dengan memakai baju Melayu. Jun berterus terang kepada Julia

bahawa dia telah lama memeluk agama Islam. Julia amat gembira.
BAB 17
Lima puluh orang pelancong dari Jepun, Korea Selatan, dan Australia mengambil
bahagian. Pelancong akan menyambut ketibaan Perdana Menteri, menyertai
sukaneka, dan menyaksikan majlis perkahwinan yang bersejarah. Jun dan Julia sudah
dinikahkan dua hari yang lalu. Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri
kerana berada di atas pelamin bersama dengan suaminya, Jun.

TEMA
            Novel Julia karya Abu Hassan Morad  memaparkan tema kegigihan kaum wanita apabila menghadapi cabaran dalam pengurusan perniagaan.
            Julia gadis remaja yang berusia dua puluh satu tahun, telah mengambil alih perniagaan ayahnya yang sedang mengalami kemerosotan
            Kemerosotan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan anak syarikatnya berpunca daripada masalah kegawatan ekonomi dan jerebu yang melanda negara. Di samping itu, faktor kematian Tan Sri Yahaya, penyelewengan, dan kurangnya kecekapan telah memburukkan keadaan.
            Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan ayahnya melalui pembacaan buku, membina keyakinan diri, menghadiri kursus ‘homestay’, menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat, dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.
            Juliabekerjasama dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, iaitu Cinta Sejati Travel & Tours untuk menarik pelancong yang lebih banyak ke Malaysia.Julia bijak bertindak dengan mempelbagaikan kaedah perniagaan, mengenal pasti masalah syarikat, melaksanakan wawasan syarikat,, dan setiap
kakitangan pula berhak memberikan pandangan serta mengetahui perkembangan syarikat.
            Berkat kegigihannya, keberaniannya menghadapi cabaran, kesanggupannya mengetepikan segala masalah peribadi, sertasokongan yang padu daripada Jun, Julia Berjaya mengadakan program ‘homestay’ di daerah Kubang Pasu. Kejayaan tersebut menandakan bahawa masalah kegawatan dalam perniagaan yang berasaskan pelancongan sudah berakhir kerana program tersebut Berjaya menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan yang berkait rapat denga tema berkenaan, iaitu:
            Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan yang bebas.
Rashid, Julia, Muna, Han, Wei, dan Jef bergaul bebas. Mereka melepak,meronda,  dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah.
Rashid senantiasa mengajak Julia yang telah insaf supaya berfoya-foya dengannya. Rashid tidak mahu perhubungan antara lelaki dengan wanita
dibatasi oleh agama. Akhirnya, Rashid ditangkap oleh polis kerana
disyaki mengedar dadah.
            Pendidikan agama dapat mengubah watak remaja dan membentuk peribadi yang mulia.
            Julia mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Di sini, Julia bergaul dengan pelajar-pelajar perempuan yang
memakai tudung, bersopan, dan berakhlak mulia. Julia insaf akan
perbuatannya yang terdahulu.
Melalui pendidikan agama, Julia dapat memahami erti kehidupan sebenarnya. Julia memahami betapa besarnya erti persaudaraan dalam
Islam. Julia dihormati oleh kawan-kawan dan mereka menyambut
kedatangan Julia dengan mesra.
             Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama. Julia Berjaya membentuk ketahanan diri dan dapat menolak perbuatan maksiat. Dalam bidang perniagaan, Julia tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi juga mentitikberatkan keadilan sosial. Julia sanggup memendamkan cintanya terhadap Jun kerana perbezaan agama. Tetapi,
apabila Julia mengetahui Jun telah lama memeluk Islam, Julia amat
gembira kerana tiada lagi benteng agama yang memisahkan mereka.
            Keindahan bandar Perth dan warganya yang berhati mulia
             Julia tertarik oleh keindahan King’s Park, ketenangan sungai Swan,pembangunan Bandar yang teratur, rumah, dan berjenis-jenis pokok
bunga yang cantik.
            Warga kota di Perth senantiasa menghormati orang asing yang datang ke tempat mereka. Seorang perempuan tua memberikan hormat kepada
Julia semasa melintas di hadapan Julia.
            Warga tua di Madison Garden, Perth dibantu oleh aktivis sukarela. Jikalau ada warga tua yang uzur, ada aktivis yang membantu mereka di bawah agensi kebajikan. Warga tua diberi elaun khas juga. Sumbangan yang mulia ini menyebabkan warga tua kelihatan kemas dan terjaga.
            Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan  kemerosotan dalam industri pelancongan.
            Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mengakibatkan nilai ringgit jatuh merudum. Sepatutnya, banyak pelancong luar negara dating ke Malaysia kerana nilai mata wang asing di Malaysia tinggi. Tetapi, masalah jerebu yang mengancam negara menyebabkan pelancong kurang datang melancong di Malaysia tinggi. Tetapi, masalah jerebu yang pelancong luar negara ke Malaysia. Liputan yang dibuat oleh pihak akhbar seolah-olah menyatakan bahawa jerebu menjadi suatu malapetaka yang besar tambah memburukkan keadaan lagi.
             Perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yang berasaskan pelancongan menerima tamparan yang hebat. BMPRO Travel & Tours dan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Menghadapi masalah operasi kerana kekurangan wang tunai. Pengurusan yang tidak cekap dalam menghadapi situasi semasa menyebabkan perniagaan bertambah merosot.
            Sesuatu usaha mesti dilakukan untuk menggalakkan kedatangan pelancong
ke dalam Negara. Bantahan dihantar kepada pihak berkuasa supaya isu
jerebu tidak dibesar-besarkan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menerajui usaha tersebut dengan mengadakan kursus dan
menggalakkan agensi-agensi pelancongan mengadakan program

‘homestay’. Program ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong

dengan menggunakan keindahan alam semula jadi serta kemudahan dan

kemajuan yang sedia ada di tempat-tempat yang tertentu .
            Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan memajukan perniagaan.
             Datuk Bakar selalu mendapat khidmat nasihat daripada Tan Sri Yahaya sekiranya ada apa-apa masalah. Tan Sri Yahaya semasa hayatnya senantiasa memberikan tunjuk ajar, dorongan, dan menjadi rakan perniagaan yan baik dengan Datuk Bakar.Kerjasama
diamalkan juga dalam Dewan Perniagaan Melayu untuk memajukan perniagaan orang Melayu.
            Jun senantiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Melalui Jun, Julia
mendapat sebuah buku bertajuk Membujur Lalu…Suatu
Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan. Buku ini dapat memberikan panduan kepada Julia untuk mengurus perniagaan.
Kerjasama yang paling berkesan ialah antara BMPRO Travel &
Tours dengan Cinta Sejati Travel & Tours hingga dapat
melaksanakan program ‘homestay’ .
            Julia mendapat kerjasama daripada wartawan akhbar Utusan dengan menyiarkan berita yang positif tentang diri Julia. Berita ini
dapat mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan rakan niaga
terhadap BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia juga mendapat kerjasama
daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan,
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah, dan Persatuan
Peneroka Felda Guar Napai. Kerjasama ini dan juga semangat
kerjasama dalam kalangan staf akan dapat memajukan perniagaan.
            Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan bangsa.
             Julia dan Jun tidak pernah berbincang tentang cinta. Julia terlanggar Jun, seorang pemuda Cina semasa hendak pergi ke bilik air di
dalam pesawatBoeing 777. Itulah pertemuan pertama mereka.
Sekali lagi, Julia terserempak dengan Jun di kedai buku Collin
Booksellers. Jun tidak lupa mengirimkan hadiah untuk Julia yang
dikirim melalui Mak Cik Nadia.
             Bagi Julia, peribadi Jun amat mengagumkan. Ditambah pula dengan sifat berterus terang dan kemunculan Jun pada saat-saat Juliamemerlukan seorang rakan menyebabkan Jun mendapat tempat di hati Julia. Cuma batas agama sahaja yang memisahkan mereka.
             Hubungan Julia dengan Jun semakin erat. Jun senantiasa memberikan nasihat dan dorongan kepada Julia dalam menyelesaikan masalah BMPRO Holding. Jun telah memeranjatkan Julia dengan memberitahunya bahawa dia telah lama memeluk
agama Islam. Jun dan Julia dinikahkan dan mereka bersanding pada hari pelancaran program ‘homestay’ di Felda Guar Napai.

WATAK DAN PERWATAKAN

JULIA
            Anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yang
menetap di Kuala Lumpur.
            Semasa remaja, Julia hamper terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul
bebas dengan rakan jalanan seperti Rashid, Muna, dan Han.
            Semasa remaja juga, dia bersifathipokrit. Di rumah, dia seorang yang
penyayang terhadap adik-adiknya tetapi di luar rumah adalah remaja yang
liar.
            Insafda n bertaubat apabila mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic
College. Sejak itu, dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan
menjadikan agama sebagai panduan hidupnya.
            Seorang yangtabah dancekal. Buktinya, dia kuat semangat menghadapi
pelbagai masalah selepas kematian ayah dan ibunya.
            Berpendirian tegas. Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan rayuan Rashid.
Julia menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan Encik Baharom tanpa mengubah
pendiriannya sebagai seorang pengerusi syarikat.
            Wanita yangberani. Buktinya, dalam usia yang muda dan tidak mempunyai
pengalaman, Julia berani bertengkar dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom
yang berpengalaman dalam pengurusan syarikat.
            Bertindak secarabijaksana dalam menyelesaikan masalah syarikat. Buktinya,
dia mengenal pasti masalah dalam BMPRO Transport dengan menaiki bas dari
Kuala Lumpur ke Banting. Dengan cara itu, dia mengetahui bahawa
kemerosotan dalam BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan dan
pengurusan yang tidak cekap.
            Mempunyai sifat belas kasihan danpemaaf. Buktinya, dia tidak menghukum Encik Baharom yang merancang hendak menjual BMPRO
Transport, sebaliknya memaafkan kesalahan da memberikan peluang yang

terakhir kepada Encik Baharom.
            Gigih berusahada n tidak mudah berputus asa. Buktinya, dia berusaha
memulihkan dan memajukan BMPRO Sdn. Bhd. Dia bersedia mengikuti kursus
‘homestay’ untuk memajukan syarikatnya.
            Kreatif. Buktinya, dia mempelbagaikan kegiatan syarikatnya seperti BMPRO
Catering yang cuba mendapatkan kontrak dengan syarikat penerbangan MAS.
            Mempunyai prinsip dalam perniagaan. Buktinya, Julia tidak mementingkan  keuntungan semata-mata tetapi mementingkan keadilan sosial.
            Mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran program
‘homestay’ di Felda Guar Napai.

JUN
            Pemudaberketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islamsetel ah
kematian kakaknya yang bernama Julia.
            Menemui Julia dalam penerbangan ke Perth, Australia. Julia terlanggar Jun
semasa ke bilik air.
            Pemuda yangtampan dan periang.
            Mempunyai hati yang mulia,ikhlas, dan berterus terang dalam
percakapannya.
            Pandai mengambil hati Julia dan senantiasa muncul atau menghubungi
Julia pada saat-saat Julia menghadapi masalah.
            Bersopan santunda n menghormati orang lain.
            Suka memberi nasihat kepada Julia supaya senantiasa tabah menghadapi
dugaan hidup.Nasihat Jun dihargai oleh Julia.
            Seorang yangpenyayang danbaik. Buktinya, dia senantiasa mengambil
berat terhadap diri Julia dan adik-adiknya.
            Senantiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan syarikat Julia dengan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours dan syarikat milik keluarganya.
            Mencintai Julia tetapi tidak pernah menyatakan perasaan cintanya itu. Jun
                berkahwin dengan Julia setelah Julia tahu bahawa Jun sudah memeluk agama Islam

RASHID
            Rakan jalanan Julia .
            Seorang pemuda yang tidak jujur dan tidak bermoral.
            Mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan antara  lelaki dengan wanita dibatasi oleh agama. Buktinya, Rashid senantiasa
melakukan maksiat dan bergaul bebas dengan rakan-rakan jalanan seperti
Muna, Han, Jef, dan Wei.
            Tidak memahami perasaan orang lain. Buktinya, Rashid mengajak Julia
keluar berfoya-foya sedangkan Julia baru sahaja kematian ayah dan ibunya.
            Percakapan Rashid seperti orang gila,kasar, dan tidak menghormati
orang tua. Buktinya, dia berlagak samseng di rumah Julia sehingga
menyebabkan nenek Julia membuat laporan polis kerana tidak mahu Rashid
datang ke rumah Julia.
            Bersikap tamak dan berhasrat untuk berkongsi harta kekayaan Julia selepas
kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.
            Ditangkap oleh polis kerana disyaki menghisap dadah.
DATUK BAKAR
            Ayah Julia dan suami Datin Maznah serta Ummi Sarah.
            Wajahnyaberkerut, berdahi luas, dan cermin matanya tersangkut di hidung.
            Tokoh korporat yangterkemuka dan merupakan orang penting dalam Dewan
Perniagaan Melayu
            Gigih bekerja. Buktinya, beliau berusaha untuk membangunkan BMPRO Holdings Sdn. Bhd. dan di bawahnya terdapat beberapa buah anak syarikat
seperti Butik BMPRO, BMPRO Catering, BMPRO Travel & Tours, dan BMPRO
Transport.
            Mempunyai prinsip yang baik dalam perniagaan. Buktinya, beliau tidak
mementingkan keuntungan semata-mata tetapi keadilan sosial juga.
            Suka mendengar nasihat orang lain. Contohnya, nasihat Tan Sri Yahaya.
            Seorang yangbijak dalam membuat sesuatu tindakan. Buktinya, beliau
memberikan pendidikan agama kepada anaknya, Julia dengan menghantar
anaknya ke Hidayah Islamic College. Keputusan itu menyebabkan anaknya
menjadi lebih dewasa.
            Senantiasa bermuafakat dengan isterinya, Datin Maznah. Buktinya, beliau
berbincang tentang soal perniagaan dan pendidikan anaknya, Julia.
            Mengalami masalah dalam perniagaan akibat daripada masalah jerebu da
kegawatan ekonomi.
            Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Karak.

DATIN MAZNAH
            Ibu Julia , isteri Datuk Bakar, dan madu Ummi Sarah.
            Seorang wanita yang berwajah lembut, berkulit putih, danbertahi
lalat di pipi kanan.
            Penyayang. Buktinya, beliau saying akan anak-anaknya,iaitu Julia dan adik-
adiknya serta suaminya, iaitu Datuk Bakar.
            Bersikap rasional. Buktinya, beliau tidak menentang perkahwinan suaminya
dengan Ummi Sarah.
            Sering memberi sokongan kepada suaminya dalam perniagaan. Buktinya,
beliau senantiasa berbincang dan membantu suaminya dalam bidang
perniagaan.
            Seorang yangbijak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya dalam
menentukan pendidikan anaknya. Buktinya, dia sendiri yang menghantar Julia
ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia.
            Sentiasa memberi nasihat kepada anaknya, Julia supaya bersedia
mengambil alih perniagaan ayahnya jika berlaku sesuatu kepada mereka
berdua.
            Meninggal dunia bersama dengan suaminya dalam suatu kemalangan jalan
raya di Karak.

GAYA BAHASA

GAYA
            Gaya bahasa dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia
dengan Syed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Encik
Baharom, Julia dengan Rashid, dan lain-lain
            Gaya bahasa bercerita.Contohnya:
Antara acara sukaneka yang diperkenalkan itu ialah pertandingan menoreh
getah, mengait kelapa, mengetam padi dan menumbuk padi. Pelancong dan
masyarakat setempat dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
            Gaya bahasa monolog. Contohnya:
Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudah
beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu.
Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik?
Abah dan mama itu tahu apa yang baik untuk anak nya. Tentu mereka
ada alasan berbuat begitu.
Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.
(Monolog dalam diri Julia setelah ayah dan ibunya membuat keputusan
menghantar Julia ke Australia.)

KESERAGAMAN BAHASA
Ayat Pengarang banyak menggunakan ayat-ayat pendek. Contohnya:
i. Saya selamat.
ii. Erat.
iii. Aku sibuk.
Diksi
i.              Pengarang menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Contohnya,enj oy,
homestay, iron lady, off-record, Bussines is a game, brother, dan lain-lain.
ii.             Pemilihan kata yang indah dan bertenaga. Contohnya:
Langit terusdiselubungi jerebu. Tiada awan, tiada langit
membiru. Matahari seakan menghilangkan diri. Segala-galanya
seperti malapetaka besarmenimpa Negara.
Personifikasi
i.              Pengarang turut menggunakan unsure gaya bahasa personifikasi, iaitu
memberikan sifat manusia pada benda atau perkara.
ii.             Yang berikut merupakan contoh personifikasi:
            Kebimbangan sekali lagibermain dalam fikiranku
Tahi lalat di pipi kanan tersenyum penuh kasih dalam benakku.
            Simile. Contohnya:
i.              Hidup ini kan seperti roda.
ii.             Perniagaan seperti permainan bola jaring.
            Metafora. Contohnya
segumpal rindu
jaring perasaan
gelombang kasih
Peribahasa
I               Peribahasa berfungsi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas di
samping menimbulkankeindahan dalam sesebuah karya.
ii.             Contoh penggunaan peribahasa dalam novel ini:
dalam pada menyelam dia minum air !
            Simbolik.
i.              Unsur simbolik digunakan bertujuan memindahkan sifat-sifat
seseorang atau sesuat pada yang lain sebagai lambing.Contohnya:
Sejarah hitam diriku janga berulang lagi.
ii.             Dalam contoh di atas, sejarah hitam melambangkan sejarah pahit.
Inversi
Inversi ialah susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut kebiasaan.
Contohnya:
Air mata berderai gugur.
Repitisi
i.              Repitisi bermaksud pengulangan kata atau frasa dalam ayat. Contohnya:
Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnyamiskin.
Miskinil mu, miskin iman dan miskinsegal a-gal anya
ii.             Dalam contoh di atas, kata “miskin” diulang empat kali sehingga
meninggalkan kesan dalam diri watak Julia.
  Hiperbola
i.          Pengarang tidak ketinggalan juga menggunakan unsure gaya bahasa
hiperbola, iaitu menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.Contohnya:
Perniagaan ialah peperangan.
ii.         Dalam contoh di atas, frasa ‘’perniagaan adalah peperangan’’ dianggap
sebagai suatu gambaran yang berlebih-lebihan.

LATAR MASA,TEMPAT, DAN MASYARAKAT

LATAR MASA
          Mencakup tempoh antara tahun 1997 hingga 1998.
          Mengambil latar masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda
negara ini.
          Di samping itu, novel ini mengambil latar masa selepas kematian Tan Sri
Yahaya, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom.

LATAR TEMPAT
         Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, iaitu ketika Julia
dan ibunya hendak berangkat ke Australia.
         Pesawat Boeing 777- Julia dan Jun bertemu buat kali pertama.
         Hidayah Islamic College, Perth, Australia- tempat Julia belajar.
         Bandar Perth- rumah Pak Cik Khairil.
         Kedai buku Collin Booksellers- Julia dan Jun bertemu buat kali kedua.
         Lapangan terbang Perth- Julia bertemu dengan Jun semasa Julia hendak
pulang ke Kuala Lumpur.
         Katanning- tempat lawatan Julia dan kawan-kawannya semasa menziarahi
keluarga Sadia.
         Rumah Julia- kemunculan Rashid untuk menggangu Julia. Selain itu, Ummi
Sarah dating ke rumah Julia untuk menjelaskan kedudukan Butik BMPRO Sdn.
Bhd.
         Pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd.-Julia memulakan tugasnya sebagai
pengerusi syarikat.
        Pejabat Cinta Sejati Travel & Tours- tempat Julia bertemu dengan
pengarah urusannya, Encik Ihsan Abdullah.
         Restoran Fui Gui, Hotel Istana- tempat Julia dan Geena menemui
keluarga Jun.
        Tanah perkuburan Bukit Kiara- Julia menziarahi kubur ayah dan ibunya.
Di sinilah Jun datang memberitahu Julia bahawa dia telah lama memeluk agama
Islam serta mencurahkan perasaan hatinya hendak meminang Julia.
         Felda Guar Napai, daerah Kubang Pasu- tempat pelancaran program
‘homestay’ dan majlis persandingan Julia dengan Jun.

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat korporat yang sibuk dengan perniagaan.
Datuk Bakar dan Datin Maznah pemilik BMPRO Holding Sdn. Bhd. dan
beberapa buah anak syarikat yang senantiasa sibuk dengan urusan perniagaan.
         Masyarakat remaja yang menghadapi masalah keruntuhan  akhlak berpunca daripada masalah keluarga.
Julia terlibat dalam pergaulan bebas yang berpunca daripada ibunya yang
tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian kepadanya. Begitu juga
Rashid yang menghadapi masalah keluarga
          Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama.
Julia dihantar ke Hidayah Islamic College oleh ibu bapanya untuk mendapat
pelajaran agama.
          Masyarakat yang sanggup menghadapi cabaran.
Julia yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam
perniagaan dilantik sebagai pengerusi syarikat. Selepas kematian ayah dan
ibunya, Julia berjaya melaksanakan tugasnya.
         Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama.
BMPRO Travel & Tours bekerjasama denganCinta Sejati Travel & Tours untuk melaksanakan program ‘homestay’.

BINAAN DAN TEKNIK PLOT

BINAAN PLOT
          Pada bahagianeksposisi, pengarang memperkenalkan watak Julia, yang
belajar di Perth, Australia. Julia merupakan remaja yang liar sebelum melanjutkan pelajarannya ke sana. Seterusnya, tentang latar tempat di Perth
yang menarik hati Julia dan perkenalannya dengan Jun.
          Plot terusberkembang dengan timbulnya masalah jerebu dan kegawatan
ekonomi yang mengancam perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Milik
keluarga Julia.
         Konflik yang dihadapi oleh Julia semakin hebat. Ayah dan ibunya meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Karak. Julia pulang ke tanah air dan mengambil alih perniagaan ayahnya dengan menjawat jawatan Pengerusi BMPRO Holding yang semakin gawat. Julia menghadapi pelbagai konflik dalam usahanya menyelamatkan BMPRO Holding yang semakin gawat. Kemunculan watak Jun dapat meredakan ketegangan jiwa yang
dialami Julia kerana Jun sedia menghulurkan bantuan dengan mengadakan
usaha sama dengan syarikat perniagaan keluarganya. Masalah baru pula
timbul, iaitu Julia yang mencintai Jun tidak dapat memenuhi cintanya kerana
batasan agama.
         Plot mencapai tahapkemuncak apabila Jun memberitahu Julia bahawa
dia telah memeluk agama Islam lebih dua tahun yang lalu. Jun
menyampaikan hasrat hatinya untuk memperisteri Julia.
         Plot menurun ke tahappeleraian apabila Julia bernikah dengan Jun serta perlaksanaan program ‘homestay’ . Semasa perlaksanaan ‘homestay’.Jun dan Julia mengadakan majlis persandingan mereka.