11 May 2011

Tapak Karangan Bahasa Melayu 2



Pengenalan
Remaja merupakan tampuk kepimpinan negara
- sewajarnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
- memiliki sahsiah dan budi pekerti yang baik dan sempurna
- golongan produktif yang dapat menyumbang kepada negara dalam pelbagai
  bidang
- pembabitan mereka dalam kancah kebecatan amat membimbangkan
- terdapat pelbagai punca dan pelbagai langkah perlu diambil

Idea 1 : Punca 1
Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
-   ibu bapa zaman moden terlalu bersikap materialistik
-   terlalu mengejar kebendaan sehingga anak-anak terbiar
-   anak-anak yang kesunyian di rumah cuba mencari hiburan di luar
-   akhirnya, terjebak ke dalam gejala sosial


Idea 2 : Punca 2
Kurangnya pendidikan agama diterapkan kepada anak-anak
-   tidak diajar sejak kecil lagi akibat kejahilan ibu bapa
-   tidak dapat membezakan antara yang baik atau sebaliknya
-   mudah terhasut atau dipengaruhi oleh rakan-rakan
-   menghisap dadah, seks rambang, berpeleseran dan lain-lain


Idea 3 : Langkah 1
Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak mereka
-   mengetahui rakan-rakan dan latar belakang mereka
-   mengetahui pergerakan anak-anak mereka terutama di luar rumah
-   memastikan mereka tidak terlalu bebas ketika berada di luar
-   mengehadkan batas dan masa sewaktu di luar rumah


Idea 4 : Langkah 2
Teladan yang perlu ditunjukkan oleh ibu bapa
-   Tidak merokok dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anak
-   Meluangkan masa dengan mereka
-   Melancong bersama keluarga
-   Mengeratkan hubungan antara anak dengan ibu bapa


Penutup
Remaja merupakan aset negara yang paling berharga
- semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha melahirkan generasi muda
  yang berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang baik
- sentiasa memberikan komitmen kepada negara
- supaya negara kita mampu bersaing dengan negara-negara yang lain

No comments:

Post a Comment