Salam sukses.
Semua pelajar setia KAViNAA diminta supaya memberikan fokus dan kaji semua soalan ramalan dalam NOTA SEMINAR PASTI 'A+' S.P.M. 2017. SOALAN RAMALAN BERDASARKAN NOTA SEMINAR. Namun, pelajar digalakkan untuk membuat revisi kilat berdasarkan tajuk-tajuk contoh berikut:
KARANGAN
1. Kelestarian Alam Sekitar (Kebaikan/Punca/Cara)
2. Amalan Kejiranan (Kebaikan/Punca/Cara)
3. Teknologi Maklumat & Komunikasi/Intenet/E-Pembelajaran/Media Sosial(Kebaikan/Cara)
4. Peranan remaja (Cabaran remaja/Pembangunan negara/Merealisasikan 1 Malaysia)
5. Peranan ibu bapa (Modal insan/Remaja berkualiti/Amalan membaca/Pengguna bijak)***
6. Peranan pelbagai pihak (Penyakit berbahaya/Semangat kejiranan/Perpaduan)***
7. Kerjasama antara negara (Aktiviti pemerdagangan manusia/Jenayah siber/Pelaburan)***
KOMSAS & NOVEL
Sila rujuk Nota Seminar Pasti 'A+' S.P.M. 2017
PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA
1. Jenis-jenis ayat (Ayat penyata, Ayat tanya, Ayat seruan, Ayat perintah)
2. Jenis-jenis ayat perintah (Ayat silaan, Ayat larangan, Ayat suruhan, Ayat permintaan)
3. Binaan ayat (Subjek & Predikat)
4. Pola ayat
5. Ayat aktif dan pasif
PESANAN KEPADA PELAJAR
Pelajar diminta supaya tidak mengelirukan diri dengan variasi soalan. SILA JAWAB SETIAP SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK KAViNAA. SEGALANYA MUDAH & SUKSES PASTI MENJADI MILIK ANDA.
SELAMAT MAJU JAYA
YANG MAHA KUASA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA!